Pembuka Tirai 2010

Tahun 2010 dimulakan dengan Mesyuarat Pengurusan Guru Pustaka & Media sekolah kelompok bersama PKG dan BTPN yang diadakan di Dewan Taklim bertempat di PKG Mekasar, dihadiri seramai 20 orang guru GPM dan juga di ketuai oleh En.Rashid daripada BTPN Kelantan dan dipengerusikan oleh En.Radzuan selaku Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Mekasar (Ketua Unit PKG).

Mesyuarat ini berlangsung pada pukul 9.30 pagi sehingga 12.30 tengahari. Tujuan mesyuarat ini diadakan untuk memberi pendedahan awal tentang perancangan tahun ini untuk kemajuan PSS sekolah.

Mesyuarat ini menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan PSS sekolah dan Program NILAM tahun 2010.

Mesyuarat ini berlangsung dengan jayanya dan disudahi dengan jamuan makan tengahari.



Leave a Reply.